Satu templat. Setiap peserta dapat sijil dengan nama sendiri.
Peserta daftar melalui pautan atau kod QR. Anda tandakan siapa yang hadir dan pilih reka bentuk. Sijil PDF setiap peserta terus sedia untuk dimuat turun.
Log masuk dengan akaun Google anda. Percuma, dan sijil contoh terus siap dalam beberapa saat.
Sijil Penyertaan
dengan ini diberikan kepada
Nurul Huda binti Salleh
atas penyertaan dalam
Bengkel AI untuk Usahawan 2026
Lihat demo dalam 55 saat
Log masuk dengan Google, tukar maklumat dan reka bentuk, edit templat, tambah medan sendiri, kemudian muat turun PDF atau hantar ke e-mel. Video ini menggunakan data contoh.
Cuba sendiri dalam lima langkah
Log masuk dengan Google
Satu klik, tiada borang pendaftaran.
Maklumat contoh sudah diisi
Nama anda, nama program, tarikh dan tempat diisi untuk anda. Ubah jika mahu.
Sijil terus dijana
Pilih reka bentuk dan lihat sijil anda serta-merta.
Edit templat
Seret kedudukan teks, tukar fon, saiz dan warna, seperti dalam aplikasi sebenar.
Lihat dan muat turun
Sijil dipaparkan terus dan boleh dimuat turun sebagai PDF.
Apa yang peserta terima
- Sijil PDF dengan nama sendiri
- Dijana dari maklumat yang peserta isi semasa mendaftar, jadi tiada nama perlu ditaip semula.
- Nombor sijil dan kod QR pengesahan
- Sesiapa boleh imbas kod QR untuk semak sijil itu sah. Sijil yang dibatalkan akan dipaparkan sebagai dibatalkan.
- Muat turun tanpa akaun
- Peserta buka pautan sijil dan terus muat turun. Tiada caj untuk muat turun.
Harga
Percuma
Akaun penganjur, borang pendaftaran, kod QR, senarai peserta, dan muat turun sijil oleh peserta.
Soalan lazim
Adakah peserta perlu buat akaun?
Tidak. Peserta hanya isi borang pendaftaran, dan kemudian buka pautan sijil untuk muat turun.
Boleh saya guna reka bentuk sijil sendiri?
Boleh. Muat naik imej PNG atau JPEG sehingga 5 MB, kemudian laraskan kedudukan nama, tarikh dan kod QR dalam editor susun atur.
Bagaimana jika ada nama yang tersilap?
Anda boleh batalkan sijil itu dan keluarkan semula. Kod QR pada sijil lama akan menunjukkan ia telah dibatalkan.
Sijil boleh dalam Bahasa Melayu dan English?
Boleh. Setiap acara boleh ditetapkan dalam Bahasa Melayu, English, atau kedua-duanya.
Saiz sijil apa yang disokong?
A4 melintang dan A4 menegak.
Sediakan sijil untuk program anda yang seterusnya
Cuba buat sijil sekarangAda soalan? WhatsApp kami di +60 11-7590 0165.